Saturday, March 26, 2011

Cinta Tidak Bisa Dipaksa...

           “Cinta tidak boleh dipaksa , Daniel”. Gadis bertudung pink itu bersuara lembut . Cukup untuk menggetarkan jiwa jejaka yang mendengar alunan suaranya yang lunak manja . Namun , jejaka di hadapannya itu seolah-olah sudah tiada perasaan , dia hanya masam mencuka . Wajahnya yang kacak itu kelihatan serius sekali .
 “ Tapi kita boleh cuba kan Maria?”.
 “ Dani , awak kena faham . Saya tak dapat nak letak awak langsung dalam hati saya , bagaimana saya boleh terima awak jadi pasangan saya?”.
  “ Kita cuba dulu . Saya akan buat apa sahaja untuk membahagiakan awak . Mungkin perasaan sayang awak terhadap saya akan berputik lepas kita couple”. Jejaka itu masih lagi memujuk . Seboleh-boleh dia mahu memenangi perbincangan petang itu . Angin pantai mengelus lembut menyapa pipi gadis berkulit cerah itu . Gadis itu kelihatan rungsing sekali .
 “ Kenapa awk degil sangat? Walaupun Faiz sudah reject saya tapi hati saya cuma hanya terbuka untuk dia seorang . Tolonglah Daniel!”.
 “ Baiklah , saya tak akan putus asa . Tapi yang pasti lagi tiga hari saya akan datang jumpa awak lagi . Masa itu baru saya akan amik jawapan daripada awak! Fikir dalam-dalam ya kerana saya benar-benar sayangkan awak!”.
         Malam itu gadis itu rungsing sekali . Hatinya masih belum terbuka untuk insan bergelar lelaki , selain Faiz.  Kenapa Faiz buat Mar macam ni? Apa kekurangan Mar ? Tak layak ke Mar untuk Faiz ? Gadis itu mengeluh perlahan . Sejak mengetahui apa ending kisah aku dan Faiz , aku benar –benar dah berubah . Aku betul-betul tak ada keyakinan lagi untuk berkawan dengan lelaki . Kurasa diriku penuh dengan kelemahan dan kekurangan . Kalau tak , masakan Faiz sewenang-wenang mahu menolakku . Lama juga aku termenung . Sedar tak sedar , dah hampir setengah jam . Aku bangkit dari katil kayu saiz queen itu , cadar dan sarung bantalku semuanya pink . Aku memang anti dengan warna pink tapi entah kenapa sejak menginjak usia tujuh belas tahun , aku semakin meminati warna pink . Aku sendiri pun tidak tahu kenapa begitu . Mungkin aura kewanitaan sudah mula mahu menjengah dalam diriku .
         Aku melangkah malas menuju ke bilik air . Selepas mandi , aku wudhuk . Kemudian solat . Aku tersenyum . Aku menggapai Al-Quran di atas rak buku , aku mengaji selama yang mungkin hari itu . Jiwaku kembali tenang .
          Radio X-fresh f.m kuputar . Lagu Elyana , kalis rindu , kudengarkan sebagai halwa telinga . Sesekali aku pun turut sama menyanyi lagu itu . Memang aku minat Elyana , bagiku dia tak macam artis perempuan lain . Dia memang ada style ! Kalau tak , masakan dia boleh buat live konsert dengan berkaki ayam sahaja . Lagi pun , aku memang minat dia sejak dulu , tambah-tambah selepas dia berlakon dunia baru . Petang itu , aku habiskan dengan duduk sahaja dalam bilik . Nak main badminton pun tak ada mood .
 Adikku , Herlisa masuk ke bilik . Aku tersenyum . Inilah masa untuk aku kacau dia . Hehe . Aku ketawa dalam hati . Aku memang rapat dengan adikku itu . Banyak benda kami share bersama . Cerita aku dan cerita dia bagaikan satu diari buat kami berdua . Aku terdiam . Lisa pelik melihat tingkahku . Dia tersenyum .
 “Asal diam ni?  Ehem-ehem . Ada new story ke ?” . 
Ada! Meh la duk atas katil ni”. Dalam diam , sebelah tanganku sudah bersedia memegang bantal . Lisa tersenyum pelik . Dia duduk sahaja atas katil , aku segera mengankat bantal . Tapi , hari ini trick ku tak jadi . Dia lebih peka . Hampir suku jam , kami bermain pukul memukul dengan bantal . Sesekali kami tergelak besar . Riuh suasana bilik indah ceria petang itu .
               Sudah masuk dua hari aku berfikir tentang Daniel . Aku memang sayangkan dia tapi cuma sekadar sahabat . Tak lebih daripada tu . Aku buntu . Esok , aku terpaksa juga bagi jawapan tu kat Dani .
                 Aku asyik termenung di jendela bilikku . Fikiranku benar-benar buntu . Kalau tak terima , persahabatan kami akan putus begitu sahaja . Tapi kalau terima macam atas dasar sebab nak balas kebaikan . Memang Dani lelaki yang baik . Banyak benda dia dah tolong aku . Dia selalu buat aku gembira . Tapi aku masih tak dapat nak lupakan Faiz . Apa patut aku lakukan ? Gadis itu  betul-betul serba salah . Patut ke aku masih tunggu Faiz ? Atau mungkin aku patut terima sahaja cinta Daniel ? Arghh geramnya . Tiba-tiba  kedengaran bunyi handphone ku . Ada seseorang menelefon . Bila dilihat , tertera jelas nama Dani . Nak angkat ke tak ? Gadis itu dalam dilema .
             “Assalamualaikum  Mar?! Awak sihat?”.
“Waalaikumussalam . Ok jer! Ada apa Dani?”.  “Rasanya , dah masuk tiga hari kan? Jadi…”. “Awak nak jawapan saya kan?!”.
“Yup! Apa jawapan awak? Awak jangan kecewakan saya plak ya”.
“ Tak!”. 
“Apa yang tak?!”. 
“Jawapan saya tak!”.
 “Mar…Sampai hati awak kecewakan saya . Saya betul-betul sayangkan awak”.
 “Tapi saya cuma anggap awak kawan . Tak lebih daripada tu!”. Gadis itu terdiam seketika kemudian menyambung kata-kata .  “Mar harap Dani faham”.
  “Dani faham . Tapi tak kan tak ada perasaan langsung?!”.
 “Maaf ! Hati Mar cuma untuk Faiz . Mar cuma sayangkan Faiz seorang  dan kerana Faiz dah reject Mar . Sekarang , hati Mar sudah tertutup untuk lelaki . Cinta itu hanyalah menyedihkan kita , Dani . Mar rasa baik Dani lupakan perasaan Dani kat Mar . Tak mungkin kita akan bersama”.
“Apa Mar cakap ni? Tapi Dani betul-betul sayangkan Mar . Dani sayangkan Marrrrrrrrrrr”.
 “Maaf Dani! Kita jadi kawan sahaja . Boleh kan ?!”.
 “Baiklah Mar!Bye”. Talian dimatikan . Gadis iu sedikit terkejut . Langsung tidak menyangka seorang jejaka akan melakukan sebegitu . Selalunya gadis sahaja yang mematikan talian . Malah , dalam drama pun si gadis yang selalunya mematikan talian , bukan si jejaka . Arghhh malas nak layan . Baik buat bodoh . Lagipun , aku bukan minat dia pun . Maria sedikit egois . Dia menguntum senyuman sinis . Terasa marah tapi dalam masa yang sama , cuba untuk memaniskan hatinya . Tiba-tiba , satu message hinggap di inbox hpnya . Dia mendongak perlahan ke arah . Tertera nama seseorang yang dia sayang  . Faiz?!
“Assalamualaikum Mar?”. Maria hanya membisu. Message itu seolah-olah umpama satu mimpi. Tidak dapat dia percaya lelaki yang menolaknya dahulu itulah yang mencari dia kembali. Dia bingung. Geram. Air matanya mengalir. Dia membalas. “Ada apa Faiz?”.  “Faiz mahu Mar. Boleh kita mulakan semula?”. Gadis itu sedikit terpana. Tidak percaya dengan apa yang dibacanya.  “Maafkan Mar”. Faiz hairan.  “Kenapa??!”. “Memang Maria pernah sayangkan Faiz. Tapi apa yang Faiz buat? Dulu Faiz reject Mar hinggakan Mar rasa betul-betul putus asa. Tak tahu apa kelemehan Mar. Mar kecewa. Rasanya masanya sudah tiba. Mar tidak dapat terima Faiz. Faiz carilah orang lain yang lebih layak untuk Faiz. Cukupla sekali Mar menyanyangi Faiz. Maafkan Mar, Faiz”.  “Faiz faham. Maafkan Faiz”. “Ok! Thanks”.
Kali Maria lebih sedar. Kadang-kala dalam hidup ini, apa yang kita harapkan tidak seperti yang kita jangkakan. Kesemuanya memerlukan masa. Cinta sememangnya tidak boleh dipaksa. Dan mungkin hanya datang sekali dan mungkin boleh berkali-kali. Tapi yang jelas, bagi gadis manis itu, cinta hanya datang sekali dan cinta itu hanya untuk seseorang yang dia yakin suatu hari nanti dia akan temuinya. Pada masa itu, itulah cinta sejatinya.