“ Ratu cepatlah !”. Naimah mengeluh geram tatkala melihat kelibat rakan sebiliknya , Ratu yang masih diulit mimpi . Dia menarik-narik gebar Ratu . Niat di hati , supaya rakannya itu segera bangun . Namun , sia-sia . Dia mendengus geram . Meyampah betul aku tengok member aku ni! Dia menggerutu geram . “Ratu! Cepatlah! Qiamulai dah nak start ni!”. Ratu menggeliat . “ Relax Imah . Baru pukul tiga setengah pagi”. Slumber sekali . “Relax?! Wei , qiamulai start pukul 3.40!”. Dia geram . “ Kalau kau tak nak bangun sekarang . Takpe! Aku pergi dulu . Bye”. Ratu mula risau . Dia tak nak ditinggalkan kawan-kawannya . Segera bangkit dari tempat peraduannya di dom 2 . Dia mencapai tuala . Terkocoh-kocoh ke bilik air . Dari jauh , Ratu melaung . “Beri aku lima minit je!”. Naimah menggeleng kepala . Geram melihat tingkah-laku sahabatnya . Isk! Bila nak bubah la minah ni. Dia buat macam kem PLKN ni bapak dia je yang punya . Geramnya aku! Suraya yang melihat dari jauh cuma terseyum . Dia sudah faham benar dengan perangai Ratu yang malas bangun pagi . Kebetulan mereka pernah seasrama , di dom yang sama lagi semasa di sekolah menengah dahulu dan kini mereka berjumpa lagi . Dia dom yang sama , kem PLKN siri 3 . “ Kau satu sekolah dengan Ratu kan ? Kenapa dia macam tu erk?!”. Suraya ketawa kecil . “Orang cakap dia ketawa plak”. “Naimah . Jangan marah . Ratu memang camtu . Ni dah kira nasib baik dia bangun . Kalau kat sekolah dulu . Dia selalu lambat masuk kelas . Tidur dalam loker supaya warden tak jumpa dan datang kelas lambat giler . Kadang-kadang pukul lapan baru datang , mengalahkan budak yang duduk luar”. “Oitt! Mengumpat aku erh?!”. Suraya menjeling ke arah Naimah kemudian ketawa . “Kantoi!”. Serentak . Giliran Ratu plak yang ketawa . “Korang ni memang kelakar . Dah jom cepat kang marah pulak Ustaz Itam”. “Hahaha”. Mereka bertiga ketawa serentak takala teringat akan wajah Ustaz Wahi yang hitam legam dan bermisai ala Sarjan Misai yang dalam drama gerak khas . Masing-masing mengankat kaki meninggalkan dom yang bercat putih itu .
Ratu tersenyum . Kelibat seorang jejaka berbaju PLKN begitu menarik minatnya . Dia tersenyum . Siapakah jejaka comel itu ? Ratu masih tersenyum . Siapa dia ? Siapa dia? “Eh Ratu ?! Ko tengok apa tue ?”. Naimah yang dari tadi asyik memerhatikan Ratu. Hahahaha . Naimah ketawa . “Kenapa ko pandang mamat kecik tue?”. “Aku tak pandanglah”. “Haah ! Yela tue ko tak pandang . Sapa mamat tue ?”. Ratu tersenyum sambil mengankat bahu . “ Tak tahu konon . Entah-entah tue pakwe dia ?” “ Kantoiii”. “Banyaklah korang”. “Entahlah memang aku minat dia tapi kalau nak bandingkan dia dengan aku . Aku ni dahlah gemuk, hitam , banyak jerawat plak tue”. “Kalau nak banding dengan aku , dia tu comel jer”. “Ratu jangan cakap camtu ! Cinta bukan mengenal paras rupa tapi hati . Ko cuba lah usha dia . kot2 dia sudi nak kawan ngan ko?”. Naimah cuba memujuk . “Thanks . Nanti aku cuba ”.
“ Aiman . Saya Ratu . Boleh kita jadi kawan ?”. Aiman tergelak . Ratu mula panik , kenapa plak mamat nie gelak kat aku ?”. “Saya dah lama nak kenal ngan awak, Ratu”. Apa betul ke mamat ni kata kat aku? Entah-entah dia memang sengaja nak buat aku perasan? Perangkap ni. “Kali pertama saya tengok awak. Saya suka awak. Saya rasa mahu kenal dengan awak sebab awak lain dari yang lain”. Memangla aku lain. Aku gemok. Orang lain kurus, lawa. Orang lain tak ada jerawat tp jerawat aku ni dah macam permukaan bulan. “Saya sayang awak”. “ Apa????!!!”. Mahu jer aku pengsan. Apa mamat ni cakap ni??. “Oh tidak!”. Aiman terkejut. “Apa yang tidak??”. “Tak ada apa-apa la”. “Mesti ada. Awak cakap”. “Sebenarnya, saya pun suka kat awak tapi saya malu”. “Walaupun macam mana pun awak, saya tetap suka awak”. “Tapi kenapa?”. “Ratu, bukan fizikal yang menjadi ukuran tapi hati. Saya yakin awak baik”. “Tapi awak patut lebih layak dengan mereka yang cantik. Awak kacak”. “Mungkin betul saya kacak”. Aiman tergelak. Dia meneruskan kata-kata. “Walaupun saya kacak tapi saya ada kekurangan. Saya rendah. Manusia tak sempurna”. “Saya faham”. “Ratu, kita couple?”. Apa yang aku dengar ni.Mimpi ke? Imah. Tolonglah flying kick aku sekali. Aku nak bangun daripada mimpi ni. Ratu tidak dapat percaya kata-kata itu. “Baiklah, saya setuju”. Aku setuju? Betul ke aku ni? Hahaha tak kisahlah. Janji dapat pakwe comel.
Kini, sepasang pasangan bahagia meniti hari-hari berharga mereka. Plkn menyatukan mereka. Sahabat pendorong mereka. Ratu sedar, walau apa yang berlaku, jangan kisah apa orang nak kata tapi yang penting jadi diri sendiri. Kadang-kala apa yang tidak dirancang itulah yang menjadi kebahagian yang tidak dapat diduga. Kelemahan bukan pelemah semangat tapi sumber kekuatan utama. Hidup mesti ceria!