Alarm telefon bimbitku berbunyi mengejutkan aku daripada diulit mimpi . Terasa berat sekali untuk bangun . Aku melangkah malas meninggalkan tempat peraduanku yang bercadar pink . Setelah mandi dan bersiap . Aku solat . Hari itu aku mengerjakan solat hajat selepas solat subuh dan kemudian aku berdoa dengan kusyuk sekali . Dengan penuh harapan , aku mengharapkan doa aku dimakbulkan tuhan . Seperti biasa doaku untuk keluarga , diri dan kerjaya masa depan , dan yang pasti doa untuk dipertemukan semula dengan Hariz takkan aku lupakan . Aku duduk di meja makan menikmati sarapan pagi mama yang enak sekali . Sesekali aku menjeling ke arah jam merah yang tergantung di dinding rumahku yang bercat kuning . “ Minum air tu” . Kata- kata abahku membuatkan aku tersenyum . Ya , itulah kata- kata harian ibu bapaku . Kalau abah tak sebut , mamaku akan menyebutnya . “Abah , hari ini abah hantarlah Sya . Bolehkan?”. Aku cuba memujuk . “ Sya , jalan kaki la. Sekolah kan dekat lagipun jalan kaki sihat . Abah dulu pun jalan kaki je”. Aku mencebik . “Tapi abah semalam hujan , mesti becak . Nanti kotorlah kasut Tasya . Nanti terpaksa plak Tasya masuk kelas dengan kasut kotor . Tasya kan pengawas . Jatuhla imej Tasya nanti”. Aku terus memujuk . Ayahku tersenyum kemudian mengambil kunci kereta . Aku cukup faham maksud abah . Aku menyarung kasut kulit hitam berkilat milikku dan kemudian menolak pintu pagar . Kereta Mercedes hitam metalik abah meluncur membelah jalan raya .
“ Hai Sya?”. Aku tersenyum . Seperti hari-hari biasa perhimpunan , aku menguruskan perhimpunan harian di sekolahku . Tugasku sebagai Ketua Platon Perhimpunan menjadikan aku amat berdedikasi dan tegas di sekolah . Tapi di rumah lain pula ceritanya Aku agak manja . Kadang- kala , lapar pun aku suruh kakak yang ambilkan nasi dan lauk untukku makan . Sedang aku melihat –lihat pelajar di tapak perhimpunan yang sedang kusyuk mendengar ucapan pengetua , aku terpandang seseorang yang agak mirip dengan Hariz .Gayanya tak ubah macam Hariz . Mahu sahaja aku merenungnya tapi itu mustahil . Sedangkan aku sendiri yang menjadi perhatian di situ . Aku terpaksa menunduk dan kemudian menyambung membaca buku rujukan sejarah yang sudah berada di tanganku . Ucapan pengetua aku ambil endah sahaja . Tapi kalau point yang diucapkan penting , aku ambil serius . Namun , yang pasti jejaka tingkatan lima itu sudah pun mencuri perhatianku .
Pada suatu pagi yang cerah , aku dipanggil untuk meeting berkaitan dengan satu majlis yang akan dianjurkan di sekolah . Kali ini , mesyuarat itu melibatkan gabungan antara badan pengawas bahagian perhimpunan dengan bahagian unit radio sekolah . Yang aku tak sangka , jejaka berbaju hijau yang telah mencuri perhatianku itu turut sama dalam meeting itu memandangkan dia ketua Dj unit radio sekolah . Gugur jantungku mendengar pengetua menyebut namanya , Hariz ? Teringat pula aku akan Hariz yang aku kenali pada satu masa dahulu . Hariz ! Nama yang amat indah bagiku dan aku telah letakkan Hariz itu dalam hatiku sedalam-dalamnya sehingga tidak terdetik pun untuk aku buka hatiku sekali lagi untuk lelaki lain . Hariz yang aku rindukan itu adalah cinta pandang pertamaku . Kami tak pernah bercakap apatah lagi berkawan dan untuk couple memang tidak sekali berlaku . Walau bagaimana pun , dia tetap di hatiku . Handsome? Sekali pun aku tak pernah fikir macam tu . Namun yang pasti sejak berpisah dengan dia empat tahun dahulu , aku masih meletakkan dia di hatiku dan aku setia menunggu untuk mengetahui jawapan akhir daripadanya supaya aku tahu apa akhirnya kisah aku dan dia .
“ Tasya?”. Kedengaran namaku dipanggil seseorang . Lamunanku terhadap Hariz terhenti . Aku mengangguk hairan . “Ya?”. Jejaka bernama Hariz yang baru muncul dalam hiduku cuma setahun tua daripadaku . Dia memandang tepat ke arahku . Jantungku berdegup kencang . Terasa seolah-olah memandang Hariz buat kali pertama . “ Tasya . Kalau tak ada apa-apa masalah , awak jadi pasangan saya uruskan majlis itu . Boleh?”. Aku mengangguk . Aku yang selama ini cukup petah bercakap terutama perkara yang mlibatkan perhimpunan menjadi pendiam hari itu . Lidahku seolah-olah kelu untuk berkata-kata . Aku tersenyum . Meeting hari itu menjadi saksi permulaan perkenalan kami . Sebelum pergi , abang Hariz meminta nombor telefonku dengan penuh gentle . Terasa berat sekali untuk diberikan malah selama ini aku cukup menyorok nombor telefonku daripada pelajar yang kurang rapat denganku terutamanya lelaki namun kali ini ia berlainan sekali malah bila memikirkan ia melibatkan urusan majlis yang akan diadakan seminggu lagi , aku terpaksa juga berikan . Selesai majlis itu , hubungan kami seolah-olahnya putus . Tiada lagi senyuman daripadanya bila bertembung .
Namun , segalanya berubah selepas dia tamat spm . Aku dilamar menjadi couplenya . Aku terkejut . Bagiku , itulah lelaki . Bukan apa , setiap kali lelaki berkenalan denganku , pasti diakhiri dengan ajakan untuk menjadi pasangan mereka . Hingga kadang-kadang aku rasa geram kerana aku cuma mahu berkawan , kenapa itu pun sukar? Sebulan aku mendiamkan diri namun dia terus memujuk dan memujuk . Katanya , tak couple pun tidak mengapa , cukuplah sekadar bersahabat . Tapi itu semua tak semudah itu aku untuk menerimanya memandangkan hatiku cuma untuk Hariz , dan rasanya agak berat untuk aku menjadi sahabat kepada lelaki yang bukan aku sayangi . Memandangkan dia begitu ikhlas dan bersungguh-sungguh terhadapku , aku mula menyiasat mengenai keluarganya . Rupa-rupanya , dia juga anak orang yang educated sepertiku . Pada suatu pagi raya ,aku menemankan seorang rakanku ke rumah seseorang . Alangkah terkejutnya aku , rumah dia yang aku ziarahi . Dia tersenyum memandangku . Masuk sahaja ke dalam rumah , ibunya menarik aku duduk di sofa dan menujukkan album keluarga mereka . Kawanku yang juga sepupunya hanya tersenyum-senyum . Merah padam mukaku . Kenapa ibunya begitu ? Adakah ini plan abang Hariz dan sahabatku , Atikah? Seribu persoalan bermain di benak fikiranku . Layanan ibunya , benar – benar menghairankan aku . Namun setelah couple dengannya , baru aku tahu ceritanya . Rupanya , abang Hariz pernah menangkap gambar aku secara curi-curi sewaktu di sekolah dan juga pernah menunjukkan gambar itu pada ibunya .
Menjelang trial exam 2 spm , aku terpaksa putus dengannya kerana mahu menumpukan pada spm dan tentangan yang kuat daripada ibu bapaku terutamanya abah yang tidak mahu aku bercinta waktu persekolahan . Tapi sebenarnya itu tidak menjejaskan pelajaranku , jujur aku kata result kami berdua bertambah baik semenjak bercinta . Abang Hariz mendapat pointer 3.85 semasa dia di asasi dan aku pula mendapat 7A dalam peperiksaan percubaan 1. Namun , kami terpaksa berpisah dan dia yang cukup menyayangiku menitiskan air mata tatkala aku mengungkapkan kata perpisahan . Sayu hatiku mendengar dia menangis . Yang pasti , sepanjang couple kami , tak pernah sekalipun kami dating . Kata abang Hariz yang agak kacak berwajah Chinese look , cinta tak bererti berjumpa , berpelukan dan bercumbuan seperti couple lain , yang penting hati kita ikhlas , saling ingat dan sayang antara satu sama lain . Itulah kunci percintaan kami .
Spm telah aku lepasi dengan jayanya . Cita-cita untuk bergelar seorang doctor physiatrist aku gengam seeratnya . Dan suatu hari , aku mendapat nombor telefon Hariz dari seorang sahabat lamaku ketika di sekolah rendah . Hatiku menjerit bahagia . Tanpa kusedar , air mata membasahi pipiku . Dan malam itu aku mengetahui akhir kisah kami . Abang Hariz pula menyepi tanpa berita . Mungkin dia membenciku kerana aku telah mematahkan hatinya . Tapi itu semua sudah tidak penting bagiku kerana Hariz sudah dapat aku hubungi semula setelah menunggu bertahun-tahun lamanya . Dalam masa yang sama , aku keliru adakah aku benar-benar menyintai abang Hariz suatu ketika dahulu sebagaimana aku meyintai Hariz? Atau adakah aku hanya menyintainya sekadar kerana dia memiliki gaya Hariz? Namun , itu semua hanya kenangan lalu yang tak mungkin kembali lagi . Maafkan aku abang Hariz !
Malam itu , aku menelefon Hariz . Jantungku berdegup kencang tatkala menunggunya menjawab panggilan itu . “Assalamualaikum ? Boleh cakap dengan Tengku Hariz ?”. Aku memberanikan diri sedangkan pada saat itu hanya tuhan yang tahu bertapa gelabahnya dan gugupnya aku . “ Hariz ni . Ni siapa?”. “ Saya Tasya”. “Tasya? Hatasya?”. Hariz cuba meneka . “Saya!”. Hariz tergelak dan aku tahu dia pasti sedang tersenyum . “Lama tak dengar cerita , Tasya camne sekarang?”. Aku melompat girang . Pertama kali dia menyebut namaku . “Ok! Sya ada something nak cakap and benda ni memang penting bagi Sya”. “ Bunyi serius . Baiklah . Ada apa ?”. “ Tasya dah lama minat Hariz sejak darjah lima lagi sampai sekarang dan Mia nak sangat tahu apa akhirnya kisah kita . Hariz suka Sya tak? Kita Couple?”. Aku memberanikan diri . Hariz terdiam seketika dan kemudian menyambung kata-katanya . “Sya , Hariz memang pernah sayangkan Tasya . Pernah suka Tasya juga dahulu tapi sekarang Hariz tak dapat nak beri jawapan . Untuk couple , Hariz betul-betul tak dapat beri jawapan”. Air mataku mengalir . Dalam esak dan penuh kecewa , aku mula menyambung kata-kataku . “ Baiklah Hariz . Tapi Sya tak boleh terima kata-kata Hariz bulat-bulat camni sahaja . Sya perlukan reason . Dan Hariz , Sya dah tunggu Hariz tujuh tahun . Dah banyak orang yang Sya reject sedangkan Sya boleh pilih sesiapa sahaja untuk dijadikan couple tapi tidak , sebab Tasya terlalu sayangkan Hariz dan Sya benar-benar ikhlas dan jujur tentang ini . Please Hariz!”. “ Tapi Hariz dah benar-benar serik . Dah dua kali Hariz dikecewakan . Hariz dah tak sanggup Sya”. “Tapi Tasya tak akan kecewakan Hariz . Percayalah .” Hariz diam . Aku masih tidak putus asa . “ Atau adakah Hariz dah couple lain sekarang?”. Aku menyambung kata-kata dengan penuh harapan .
Tiba-tiba dedaun pintu bercat putih bilikku ditolak perlahan . Mama? Aku mula gelisah kerana aku tahu mama pasti marahkan aku tidur lambat seperti hari ini . Aku mendongak ke arah jam . Tepat pukul satu empat puluh pagi . Mama kelihatan agak marah tapi belum lagi memulakan kata-kata . Aku faham maksud pandangan mama . Talian aku matikan . Namun , setelah mama kembali tidur , aku curi-curi keluar dari rumah dan kemudian duduk di kerusi luar . Sekali lagi aku mendail nombor Hariz . Aku benar-benar ingin tahu jawapannya . “ Hariz dah couple?”. Soalan tadi ku ulangi semula . “ Hariz single dan Hariz mahu kekalkan dan berjaya dalam kehidupan”. “ Baiklah! Kalau itu yang Hariz nak . Sya faham dan takkan tunggu Hariz lagi . Tapi Sya nak Hariz tahu yang Sya benar-benar ikhlas sayangkan Hariz dan mulai saat ini . Sya tidak akan lagi buka hati Sya untuk lelaki . Kalau suatu hari nanti Sya dijodohkan keluarga dengan orang yang Sya tak kenal pun . Sya rela”. “ Tapi Sya?”. “ Ini keputusan Sya dan Sya dah nekad . Sya akan tumpu untuk pelajaran Sya sahaja sampai berjaya . Itu janji Sya . Tapi Sya tak menyesal sebab tunggu Hariz selama itu . Sya puas”. Mataku merah dan berair menahan daripada menitiskan air mata . Walau apa pun yang berlaku , aku puas hati sebab akhirnya aku tahu apa ending kisah kami .
Aku duduk di penjuru bilik . Lampu bilik ku padam . Aku benar-benar sedih dan buntu . Apa kekurangan aku ? Malam itu aku nangis seesak-esaknya . Marah , sedih dan kecewa . Pelbagai perasaan menggoncang hatiku . Terasa diri bagaikan tiada apa-apa keistemewaan . Seolah-olah hanya kekurangan dan kelemahan sahaja yang menebal dalam diriku . Kerana Hariz , keyakinan malah keegoanku bagaiku punah sekelip mata . Aku menangis semahu-mahunya .
Pagi itu seperti biasa . Tidak sanggup rasanya nak mulakan hari baru setelah kisah semalam . Aku mengeluh malas . Selepas solat subuh , aku tidur selama mungkin . Niat di hati , semoga aku dapat lupakan Hariz . Bila ku sedar , dah pukul tiga petang . Mama kelihatan hairan melihat keadaanku . Arghh aku tak nak ambil peduli itu semua . Aku cuma mahu lupakan Hariz ! Kutidur sepuas-puas tanpa makan dan minum . Hanya solat yang tidak kutinggalkan . Yang pasti Hariz telah mengubah diriku . Terima kasih Hariz ! Kini aku sudah nekad . Aku mahu belajar bersungguh-sungguh . Cita-citaku pasti dicapai .