Sunday, May 8, 2011

bila abah bercerita...

al kisah..aku melepak2 depan tv ngan abah
tiba2 abah tanya,nak dengar satu cerita tak
abah nak cerita ni..aku mengangguk
citer ape lak nie abah...
hurm...

cerita bermula..
pada zaman dahulu..ada seorang pemuda yang sangat jahil
orangya kaki perempuan,kaki judi,kaki pukul,kaki botol dan sangatla jahil orangnya bab2 agama
ayahnya seorang ulama yang kaya dan terkenal..tapi anaknya yang sorang nie..tuhan pun dia tak tahu
hinggalah suatu hari..ayah pemuda ini tenat dan hanya menunggu masa untuk mati
maka..orang gaji pun disuruhla mencari pemuda ini untuk memaklumkan
tentang perkabaran sedih ni....

si anak pun pulangla ke rumah..melihat si ayah yang sedang tenat
dan terlantar..dia menghampiri ayahnya dan berkata
"wahai bapaku.kau sudah hampir mati.!berapa harta yang kau tinggalkan untuk aku?!"
tanpa perasaan sedih.pemuda itu tanpa segan silu bertanya pada bapanya
maka si ayah pun berkata
"ayah tinggalkan banyak harta untuk kamu.tapi kesemua harta itu ada pada tuhan."
anak kehairanan: siapa tuhan?kenapa ayah memberikan harta kepadanya?sedangkan ia milikku?!
si anak yang jahil tu amatlah marah.ditenungnya si ayah yang lemah dan tidak berdaya itu setajamnya
"tuhan berhutang banyak denganku.dan pabila aku mati nanti.kau carilah tuhan.tuntut semua harta yang ada
padanya.dan engkau akan menjadi kaya'.
dan tidak lama selepas itu..si bapa pun meninggal dunia.

(soalan 1)
pemuda yang jahil ini.memulakan pengembaraannya mencari tuhan
dan sebuah negeri ke negeri..benua ke benua..demi mencari tuhan untuk menuntut semua harta seperti yang telah diperkatakan oleh si bapa
tiba di suatu tempat yang cantik..pemuda ini ternampak air yang sangat jernih..dalam sebuah kolam
diteguknya air itu sepuas2nya bagi melepaskan kehausan..
tiba2 si pemuda ditangkap oleh dua lelaki bertubuh sasa.
di bawanya pemuda itu menghadap raja
raja: tahukah kau telah menceroboh kawasan larangan beta?!
pemuda: hamba tidak tahu.
raja: ke manakah hala tuju kamu wahai pemuda?
pemuda: hamba mahu mencari tuhan.tuhan berhutang banyak dengan hamba.
raja: kalau begitu.aku lepaskan kamu.dan jika kamu bertemu tuhan. tanyakan padanya
kenapa air di kolam beta melimpah2 pada waktu tenghari yang terik tetapi kering kongtang pada waktu malam yang sejuk?
maka dengan berbekalkan soalan raja.pemuda itu pun meneruskan perjalanannya mencari tuhan...

(soalan ke 2)
tiba2..pemuda bertemu dengan orang tua yang alim
orang tua yang alim itu pun menyapa pemuda dan bertanyakan seoalan yang sama.
maka setelah pemuda menceritakan tentang dia sedang mencari tuhan
orang tua itu pun berkata
"pemuda.jika kau temui tuhan.tanyakan pada tuhan.syurga yang ke berapakah aku.?aku semayang tak tinggal. sampai berlekuk batu tempat aku sujud.tolong tanyakan pada tuhan.aku dapat syurga yang keberapa?"
pemuda itu pun mengangguk dan meneruskan perjalanan.

(soalan ke 3)
di suatu tempat.pemuda itu pun berhentilah rehat di sebuah pohon besar yang rendang
tiba2 pokok itu bersuara
"wahai pemuda.!manakah kau hendak pergi?
pemuda itu menceritakan tentang perihalnya mahu mencari tuhan.
maka.pokok itu pun berkata
"kalau kau jumpa tuhan.tanyakan padanya.kenapa aku yang rendang dan berbuah lebat ni,tapi tidak ada seekor haiwan pun mahu hinggap padaku.?
maka pemuda itu pun bersetuju untuk menanyakan soalan2 tersebut kepada tuhan
maka.pemuda itu pun berjalan dan terus berjalan
merentasi gurun dan padang pasir..

tiba2..di tengah2 padang pasir..
pemuda disapa oleh satu suara ajaib
"wahai pemuda!baliklah.tuhan ada di rumahmu!
pemuda yang jahil ini tidak berpuas hati.
"aku mahu mencari tuhan!tuhan berhutang banyak dengan aku!!aku mahu menuntut semua hutang!!
suara ajaib: baliklah..dalam perjalanan pulang.kau akan temui tuhan
pulanglah ke rumahmu..
pemuda: baiklah..sebelum aku pulang.aku mahu kau jawab tiga soalan.
suara ajaib itu pun mendengar dan memberikan jawapan bagi setiap soalan yang ditanya oleh pemuda.
pemuda itu pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

pemuda itu pun tibalah kembali ke pohon besar yang rendang
pokok: wahai pemuda..sudahkah kau temui tuhan?apakah jawapannya bagi soalanku?
pemuda: aku tidak ketemui tuhan tapi aku bertemu suara ajaib dan jawapannya
"di bawah pokok kau.ada tertanma banyak harta karun.tapi kau tidak pernah memberikan pada siapa2 atau memberitahu pada siapa2..kau sangat kedekut.sebab itu la tidak ada haiwan pun mahu hinggap di pohon kau
pokok: kalau begitu pemuda.kau galilah.amik semua harta karung ini.
maka..pemuda ni terus menggali.dan menjadi seorang pemuda yang kaya raya. tidak lama selepas itu, pokok itu dihinggapi oleh macam2 jenis burung dan menjadi tempat tumpuan haiwan

si pemuda yang kaya raya ini masih tidak melupakan niatnya mahu mencari tuhan.maka dia pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah dan bertemu kembali dengan orang tua yang alim
orang tua yang alim: pemuda.sudahkan kau berjumpa dengan tuhan?apakah jawapannya?aku dapat syurga yang keberapa?
pemuda: orang tua.kau tidak akan berada di syurga tapi di neraka yang paling bawah.
orang tua yg alim: kenapa??aku alim.aku patut berada di syurga yang tertinnggi
pemuda: kau seorang yg alim tapi kau ada ilmu tapi kau tidak mengajar orang lain..kau tidak beramal dengan ilmu yang kau ada.
orang tua: kalau begitu.aku faham. aku akan berikan kau semua ilmu yang aku ada.
maka..pemuda yang jahil ini pun belajarla segala ilmu dari orang tua yang alim dan telah menjadi alim. kini pemuda tahu bahwa tuhan bukan di rumahnya. tapi tuhan ada di mana2 dan melihat setiap tindak tanduknya.
maka..setelah menuntut smua ilmu dari orang tua yang alim.maka si pemuda pun minta izin untuk pulang ke rumahnya

dalam perjalanan.pemuda pun bertemu kembali dengan raja
raja: wahai pemuda.sudahkah kau bertemu tuhan?dan apakah jawapannya bagi kolamku?
pemuda: aku tidak bertemu tuhan.tapi aku  bertemu suara ajaib.
jawapannya..
tuanku ada seorang puteri tetapi tuanku sangat sayangkan puteri tuanku dan tidak membenarkannya berkahwin..
raja: kalau begitu..beta kahwinkan puteriku dengn mu.
maka...pemuda itu pun berkahwin..dan menjadi raja di negeri tersebut

kini..pemuda itu tidak lagi jahil..
sebaliknya..menjadi sorang raja yang warak,kaya raya dan bahagia

p/s: abah kata cerita ni dari sebuah kitab sebab my dad dulu memang menadah kitab..dan ada sumber mengatakan bahawa ni la raja iskandar zulkarnain. tapi cerita ni sebenarnya memberi banyak pengajaran,
antaranya:

1)iman tidak boleh diwarisi
2)kesungguhan penting untuk mendapatkan sesuatu yang diingini
3)berkongsilah ilmu dan harta yang ada padamu.
4)jangan kedekut
5)tunaikan perintah allah
6)jangan takbur atau berasa hebat dengan apa yang kita ada.sebab itu tidak akan dipandang oleh allah kecuali dengan cara kita beramal dengannya...